Thursday, December 1, 2011

PENGENALAN

Kami merupakan pendatang baru dalam industri penerbitan ini. Bermula dengan perbincangan daripada sekumpulan rakan-rakan,kami bersepakat untuk menubuhkan syarikat penerbitan ini atas dasar minat yang mendalam.

Ahli kumpulan kami terdiri daripada rakan-rakan kami yang berada dalam kelas yang sama di dalam kolej yang sama.
Syarikat kami dikenali dengan nama “Sir But Production”. Nama ini di ilhamkan berdasarkan sifat ahli kumpulan kami sendiri yang sering kali menggunakan apa sahaja yang ada dihadapan mata kami sebagai idea dalam setiap kerja-kerja kami.
Rakaman kami yang terbaru yang masih lagi dalam proses pembikinan kami kali ini bertemakan video klip musik. Perkara yang membuatkan kami tertarik untuk membuat video klip music ialah kerana bunyi dapat menarik perhatian yang lebih daripada pengguna.